Syarat Pinjaman


(a)Menghantar permohonan kepada Pengerusi Tabung.

(b)Ahli Tabung yang telah menjelaskan caruman sahaja yang berhak meminjam.

(c)Ahli yang masih berhutang tidak dibenarkan meminjam.

(d)Peminjam hendaklah mengaku bertanggungjawab penuh keatasnya.
(Pihak Tabung tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang bentuk insiden yang menyebabkan kemusnahan dan/atau kehilangan wang pinjaman)

(e)Peminjam perlu mengadakan seorang penjamin dan dua orang saksi.

(f)Penjamin dan saksi perlulah menurunkan tandatangan mereka diatas borang permohonan pinjaman. Penjamin perlulah bertanggungjawab bersama peminjam keatas pinjaman yang dibuat.

(g)Permohonan pinjaman yang awal diterima dan mempunyai sebab-sebab yang munasabah akan mendapat pertimbangan awal.

(h)‘Pinjaman Segera’ boleh dibuat dengan menghantar permohonan terus kepada Pengerusi Tabung dengan memberi alasan-alasan mengapa pinjaman segera diperlukan.


Syarat Menjadi Penjamin

(a)Penjamin mestilah menjadi ahli tabung dan merupakan pelajar yang ditaja oleh JPA.

(b)Ahli Tabung yang masih berhutang tidak dibenarkan menjadi penjamin.

(c)Berkesanggupan membayar sebarang tuntutan yang akan dibuat oleh pihak Tabung sekiranya peminjam melanggar syarat-syarat seperti di dalam Peraturan Tabung Khas PPMK.

(d)Menurunkan tandatangan bersama pemohon di dalam borang permohonan pinjaman.

(e)Dalam satu masa, penjamin hanya dibenarkan menjamin seorang peminjam sahaja.


Kadar Pinjaman, Bayaran Balik dan Tempoh Bayaran Balik

(a)Kadar pinjaman yang maksima adalah 300,000 won; tiga ratus ribu won sahaja.
(boleh melebihi kadar ini jika ada keperluan terdesak dan atas budi bicara AJK Tabung Khas)

(b)Bayaran balik hendaklah dimulakan pada penghujung bulan yang berikutnya dari bulan pinjaman dikeluarkan.

(c)Tempoh bayaran balik adalah selama 5 bulan berturut-turut.

(d)Kadar bayaran balik setiap bulan hendaklah sekurang-kurangnya satu per lima daripada jumlah pinjaman.